Jumaat, 17 Julai 2009

PROGRAM DI PULAU LANGKAWI

Lawatan 3 hari ke pulau lagenda langkawi adalah satu pengalaman manis yang tidak dapat ku lupakan . perjalanan yang mengambil masa 14 jam dari selatan tanah air sampai ke pulau lagenda itu adalah satu peristiwa yang mencabar apa entah lagi berada di dalam sebuah kenderaan yang cukup istimewa buat diri ku . Didalam perjalanan diri ku hampir 10 kali terjaga dari tidur tidak juga sampai ke tempat yang di tuju . hampir jam 1 tengah hari kenderaan ku sampai dan sahabat sahabat yang lain turun dan menunggu pula satu kenderaan yang boleh memuatkan seramai 200 penumpang . Diri ku bersama sahabat sahabat membawa bagasi masing masing dan memasuki kenderaan serta membawa kami semua ke satu pulau lagenda , perjalanan yang memakan masa 1 jam. Saya bersama rakan rakan turun dan terus ke memasuki satu bangunnan yang mana ditempatkan ramai pelancong untuk keluar masuk dipulau lagenda itu .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan