Ahad, 10 Mei 2009

PROGRAM KEPIMPINAN DI PULAU BESAR

8 - 10 Mei 2009 satu program Pembangunan Kepimpinan Asas Belia Berpesatuan telah di laksanakan di Nirwana Beach Resort  Pulau Besar Mersing . Program ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kluang Bersama Majlis Belia Daerah Kluang . Program ini telah dirasmi oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor En Radin bin Radin Taib . Program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada persatuan persatuan belia dalam Daerah Kluang dalam memahami struktur organisasi belia, pengetahuan tentang kepimpinan, dan juga mengurus kan Persatuan Belia . Seramai 31 peserta daripada pelbagai persatuan telah mengikuti kursus tersebut

SEJARAH MAJLIS BELIA KLUANG

Majlis Belia Kluang adalah sebuah Pertubuhan NGO yang berdaftar dibawah pendaftaran ROY .  Ia telah diluluskan pendaftarannya pada 6 Januari 2009 .  No pendaftaran Majlis Belia Kluang adalah PPBM 1111/09 . Majlis Belia Kluang adalah sebuah badan penasihat dan Sebuah badan yang mengendalikan pentadbiran persatuan persatuan belia dalam Daerah Kluang . Majlis Belia Kluang mempunyai sebuah bangunan yang dikenali Wisma Belia Kluang yang terletak berhampiran bangunan sekolah agama kluang.