Jumaat, 29 Januari 2010

PROGRAM TRAIN & PLASE ANJURAN MOHR DENGAN KERJASAMA MAJLIS BELIA KLUANG


28 NOVEMBER 2009 SEHINGGA 29 JANUARI 2010 Satu program Train & Place telah diadakan oleh Majlis Belia kluang dengan kerjasama kementerian Sumber Manusia . Program ini telah melibatkan seramai 53 peserta belia berumur 18 hingga 40 tahun dalam Negeri johor . Program ini melibatkan kos pendidikan dalam bidang ACCOUNT dan juga HSBB . Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Razali bin Mohd Noor , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang wakli rasmi Y.B tuan Haji Md Jais bin Sardy , Exco Belia dan sukan Negeri johor. Menurut Yang Dipertua Majlis Belia kluang , Ybhg En Ismail bin Badar program ini adalah satu titik permulaan kepada Majlis Belia kluang untuk memberikan peluang pendidikan dan juga latihan kepada belia - belia lepasan sekolah yang belum menentukan hala tuju selepas belajar . Maka Majlis Belia kluang mengambil satu pendekatan untuk mengadakan program yang melibatkan pendidikan dan juga latihan . Selain program ini banyak lagi program yang akan dilaksanakan oleh Majlis Belia kluang untuk tahun 2010 , Kepada Belia - belia yang berminat untuk mendapatkan peluang - peluang latihan dan pendidikan boleh terus mendaftar ke Majlis Belia kluang yang terletak di Wisma Belia kluang di no 323 jalan hospital kluang johor , atau terus hubungi setiausaha kehormat di no 012 7996907 atau penolong setiausaha kehormat di talian 012 7572440 atau yang Dipertua Majlis Belia Kluang 019 7363687 .