Lawatan 3 hari ke pulau lagenda langkawi adalah satu pengalaman manis yang tidak dapat ku lupakan . perjalanan yang mengambil masa 14 jam dari selatan tanah air sampai ke pulau lagenda itu adalah satu peristiwa yang mencabar apa entah lagi berada di dalam sebuah kenderaan yang cukup istimewa buat diri ku . Didalam perjalanan diri ku hampir 10 kali terjaga dari tidur tidak juga sampai ke tempat yang di tuju . hampir jam 1 tengah hari kenderaan ku sampai dan sahabat sahabat yang lain turun dan menunggu pula satu kenderaan yang boleh memuatkan seramai 200 penumpang . Diri ku bersama sahabat sahabat membawa bagasi masing masing dan memasuki kenderaan serta membawa kami semua ke satu pulau lagenda , perjalanan yang memakan masa 1 jam. Saya bersama rakan rakan turun dan terus ke memasuki satu bangunnan yang mana ditempatkan ramai pelancong untuk keluar masuk dipulau lagenda itu .
Majlis Belia Kluang adalah sebuah badan penasihat dan perunding kepada Pembangunan Belia Dalam Daerah Kluang . Ia adalah sebuah badan NGO yang bergerak aktif . Seramai 32 Persatuan Belia yang bergabung didalam Majlis Belia Kluang .
Jumaat, 17 Julai 2009
Khamis, 28 Mei 2009
Ahad, 10 Mei 2009
PROGRAM KEPIMPINAN DI PULAU BESAR
8 - 10 Mei 2009 satu program Pembangunan Kepimpinan Asas Belia Berpesatuan telah di laksanakan di Nirwana Beach Resort Pulau Besar Mersing . Program ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kluang Bersama Majlis Belia Daerah Kluang . Program ini telah dirasmi oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor En Radin bin Radin Taib . Program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada persatuan persatuan belia dalam Daerah Kluang dalam memahami struktur organisasi belia, pengetahuan tentang kepimpinan, dan juga mengurus kan Persatuan Belia . Seramai 31 peserta daripada pelbagai persatuan telah mengikuti kursus tersebut .
SEJARAH MAJLIS BELIA KLUANG
Majlis Belia Kluang adalah sebuah Pertubuhan NGO yang berdaftar dibawah pendaftaran ROY . Ia telah diluluskan pendaftarannya pada 6 Januari 2009 . No pendaftaran Majlis Belia Kluang adalah PPBM 1111/09 . Majlis Belia Kluang adalah sebuah badan penasihat dan Sebuah badan yang mengendalikan pentadbiran persatuan persatuan belia dalam Daerah Kluang . Majlis Belia Kluang mempunyai sebuah bangunan yang dikenali Wisma Belia Kluang yang terletak berhampiran bangunan sekolah agama kluang.
Langgan:
Catatan (Atom)